Ads by Nuffnang

Thursday 12 February 2015

Carta Terkini : Pasti berubah selepas 14 HB

Carta Terkini : Pasti ada yang berubah


Semakin hangat, semakin panas. Liga Super yang baru bermula 7 HB lalu (kecuali untuk JDT dan Pahang) mula menjadi topic perbualan di mana-mana saje di seluruh Negara.

Lion, JDT, Kelantan, Perak dan Terengganu bermula dengan langkah yang cemerlang di mana pasukan pasukan ini Berjaya memungut 3 mata pertama.

Namun, perlawanan pertama bukanlah ukuran yang tepat untuk mengukur kemampuan pasukan-pasukan yang bertanding.

Pendatang baru, Felda dan PDRM Berjaya menunjukkan yang Liga Super yang baru disertai bukanlah liga yang begitu asing bagi mereka di mana Felda Berjaya mencuri satu mata pada perlawanan pertama manakala PDRM berjaya menghasilkan tiga jaringan walaupun tewas di tangan Lion IX di Stadium Jalan Besar tempoh hari.

Bagi pasukan lain yang gagal memungut mata, ATM, Pahang, Selangor dan Sime Darby FC, sudah tiba masanya untuk melupakan percutian yang panjang. Perlu lebih focus untuk perlawanan seterusnya.

Akhir kata, berjuanglah wahai semua pasukan dengan penuh maruah.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment