Ads by Nuffnang

Tuesday 10 February 2015

14 Feb 2015 : Perjuangan diteruskan, Pahang vs Selangor

14 Februari 2015 : Perlawanan ke 2 Liga Super


Setelah berehat selama seminggu, pasukan dalam liga super akan berentap untuk perlawanan ke dua. Seperti peminat yang lain, ambe juga ternanti-nanti untuk menyaksikan wira-wira kelab dan persatuan negeri berentap untuk mencapai kejayaan dalam perlawanan itu nanti.

Berdasarkan jadual di atas, antara perlawanan yang menjadi tumpuan adalah perlawanan di antara Pahang dan Selangor.

Setelah memulakan persaingan liga dengan langkah kiri, tentu sekali Pahang mahupun Selangor terlalu dahagakan kemenangan pada perlawanan akan datang tersebut.

Tuan rumah, Pahang tentu sekali tidak mahu lagi kehampaan setelah ditewaskan JDT dengan jaringan 2 - 0 pada perlawanan pertama tempoh hari di Larkin. Kehilangan tiga mata pertama yang amat berharga dan juga kegagalan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) amatlah perit untuk ditelan. Nyata sekali Pahang amat menantikan perlawanan pada 14 HB Februari ini untuk memastikan 3 mata dalam genggaman.

Pelawat, Selangor juga pasti tidak mahu kecewa lagi setelah ditewaskan Terengganu tempoh hari di Kuala Terengganu dengan jaringan 2-0. Pemain Selangor tentu akan beraksi sebaik mungkin di Kuantan dengan setidak-tidaknya mencuri satu mata untuk dibawa pulang ke Shah Alam.

Semoga kedua-dua pasukan akan mempamerkan mutu permainan yang menarik.

Perlawanan lain jugak tidak kurang hebatnya tapi ambe dedicatekan post ini untuk perlawanan di antara Pahang dan Selangor.

Masih ada ruangan dan masa untuk pasukan lain di blog ambe. Selalulah singgah ye.

Ayuh peminat bola sepak Tanah air semua, penuhkan lah stadium berhampiran anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan semangat sukan yang tinggi.

Akhir kata, SAY NO TO HOOLIGANS

Sehingga bertemu lagi, Wassalam

No comments:

Post a Comment